I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 27, 2010

SEJARAH ALUMNI SPRM IPT

TPj. Dato' Samsiah Bt. Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM

Alumni Sekretariat Pencegahan Rasuah IPTA Malaysia secara rasminya ditubuhkan pada 24 Julai 2010 semasa Seminar Ke Arah Meningkatkan Keberkesanan SPRM IPTA Se-Malaysia di Carlton Holiday Hotel & Suites Shah alam, Selangor yang berlangsung selama 3 hari pada 23 Julai 2010 hingga 25 Julai 2010. Alumni ini telah dirasmikan oleh TPj. Dato' Samsiah Bt. Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. Dengan wujudnya alumni ini, maka peranan sekretariat setelah tamat pengajian diteruskan di bidang pekerjaan melalui maklumat rasuah yang disampaikan dalam bidang masing-masing. Seramai 9 orang ahli jawatankuasa dilantik bagi menggerakkan Alumni ini yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha, Bendahari dan 5 orang Ahli Jawatankuasa.
Alumni ini bernaung dibawah Bahagian Pendidikan Masyarakat. Bahagian Pendidikan Masyarakat adalah salah satu bahagian yang terpenting dalam SPRM bagi menjalankan fungsinya mengikut Seksyen 7(f) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 iaitu mendidik orang ramai untuk menentang rasuah dan Seksyen 7(g) iaitu mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.