I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 2, 2011

RESOLUSI SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH IPTA MALAYSIA

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
RESOLUSI SEKRETARIAT PENCEGAHAN RASUAH IPTA MALAYSIA 2010
CARLTON HOLIDAY HOTEL & SUITES SHAH ALAM
23 JULAI 2010 – 25 JULAI 2010


ISU 1:
APAKAH PERUBAHAN YANG SPRM PERLU LAKUKAN TERHADAP GOLONGAN SEKTOR POLITIK DALAM ASPEK PENCEGAHAN RASUAH?


CADANGAN MENGATASI:

1) Perspektif Integriti
•Mempertingkatkan program kesedaran yang boleh meningkatkan tahap integriti masyarakat seperti debat, forum dan penulisan esei.
•Membuat satu penilaian yang sesuai terhadap ahli politik dan pegawai SPRM.
Contoh: Penilaian Prestasi Integriti.
•Menyediakan modul khas berhubung dengan rasuah dan diterapkan dikalangan belia dan pegawai kerajaan dengan memastikan bahawa ia bukan sahaja di tahap penerimaan tetapi pengamalan Integriti.

2) Perspektif Perundangan
•Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan agresif
Contoh : Memantau Manifesto ahli politik sebelum pilihanraya bermula.
•Memantau bajet pilihanraya supaya ‘politik wang’ tidak berlaku.
•Menyediakan pemerhati untuk memantau Bahagian Tender, Bahagian Kewangan dan bahagian yang lain.
•Menjadikan SPRM sebagai satu badan perundangan yang bebas dan tertakluk dibawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

3) Perspektif Masyarakat
•Kempen Anti Rasuah secara besar-besaran dan menyasarkan kepada golongan remaja dan di kawasan luar Bandar kerana masyarakat luar bandar kurang pendedahan tentang rasuah
•Penambahbaikan mekanisma perlindungan saksi untuk semua lapisan masyarakat supaya masyarakat tidak berasa takut untuk melaporkan kegiatan rasuah.
•Penyampaian nasihat menggunakan medium elektronik seperti melalui cerita animasi kanak-kanak

ISU 2:
APAKAH PERUBAHAN YANG SPRM PERLU LAKUKAN TERHADAP GOLONGAN SEKTOR PERNIAGAAN DALAM ASPEK PENCEGAHAN RASUAH?

CADANGAN MENGATASI:

1) Pendidikan
•Sebelum
- Memberi maklumat berkaitan rasuah kepada usahawan seperti kursus, forum dan bengkel sebelum mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

•Semasa
-Pengawalan dan penerapan nilai integriti secara berterusan kepada pemilik syarikat terutama apabila tamat tempoh sah lesen perniagaan (maksima 2 tahun).
-Membuat pemantauan terhadap pemilik syarikat yang mendaftar lebih daripada satu jenis perniagaan.
-Mewujudkan konsep aliran kerja dalam sektor perniagaan seperti ”Bebas, Telus, Profesional”.

•Selepas
- Melihat prestasi perniagaan dalam jangka masa tertentu.

2) Konsep pemutihan (sistem dan prosedur)
•Mewujudkan jawatan Chief Executive Integrity Officer (CEIO) di setiap sektor bagi memastikan ketelusan dalam organisasi perniagaan yang ditauliahkan oleh SPRM.
•Pegawai SPRM perlu turut serta dalam proses audit secara berkala dalam setiap sektor.
•Setiap aduan perlu mempunyai nombor siri bagi memudahkan pengadu mengetahui status aduan tersebut.

3) Mempelbagaikan kepakaran
•Keanggotaan SPRM perlu diperluaskan dalam pelbagai bidang.
•Memperluaskan hubungan antara NGO seperti Persatuan Pengguna Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sebagainya.

4) Penguatkuasaan

•Penegasan dari segi undang-undang yang lebuh serius.
•Pemantauan secara berterusan.

ISU 3:
APAKAH PERUBAHAN YANG SPRM PERLU LAKUKAN TERHADAP GOLONGAN SEKTOR PENDIDIKAN DALAM ASPEK PENCEGAHAN RASUAH?

CADANGAN MENGATASI:

1) Mengadakan hubungan kerjasama dan rundingan bersama antara SPRM dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkaitan kurikulum pendidikan.
•Melaksanakan kurikulum berkaitan rasuah kepada pelajar melalui subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam secara umum.
•Mewujudkan Kelab Pencegahan Rasuah di sekolah menengah.
•Kepelbagaian penyampaian maklumat bersesuaian dengan peringkat umur pelajar seperti tayangan animasi, teater muzikal dan aktiviti simulasi kejadian sebenar.

2)Meneliti dan memperkasakan semula SPR IPTA di mana pihak SPRM perlu mewujudkan kerjasama dua hala dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) supaya segala aktiviti SPR IPTA bergerak secara menyeluruh.
•Menyediakan modul yang terkini bagi rujukan SPR IPTA untuk mentadbir dan mengerakkan sekretariat.
•Mendapatkan slot program untuk menyampaikan maklumat berkaitan rasuah kepada mahasiswa sewaktu minggu orientasi atau minggu haluan siswa.
•Memperluaskan jaringan kewujudan SPR IPTA ke IPTS.

3)Modul berkaitan dengan rasuah dimasukkan dalam Jabatan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN).
•Modul pengajaran BTN dan PLKN ditambah dengan nilai-nilai anti-rasuah dan integriti.
•Kerjasama dalam melaksanakan program-program seperti slot pemberian ceramah semasa kursus dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment