I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 2, 2011

SPRM TAHAN PENGURUS KANAN, KETUA JABATAN DISYAKI RASUAH

BERITA HARIAN 
2010/12/27

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang pengurus kanan sebuah agensi kerajaan dan seorang ketua jabatan kerana disyaki terbabit dengan rasuah.

Suspek pertama berusia 44 tahun ditahan di Pejabat SPRM di sini, jam 10 pagi, manakala seorang lagi ditahan di bandar ini, kira-kira jam 1 tengah hari.
Kes kedua-dua suspek tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, berkata ketua jabatan kerajaan Persekeutuan itu ditahan kerana didakwa menerima rasuah RM16,325 sebagai deposit membeli kenderaan daripada seorang kontraktor pembaikan dan penyelenggaraan pejabat.

Katanya, pengarah berkenaan yang berkhidmat di Pulau Pinang kira-kira dua tahun lalu, didakwa melakukan kesalahan itu pada 2008 dan 2009.

Latifah berkata pengarah berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu di Kulim, Kedah.

Katanya pengarah itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Dia akan didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah esok, katanya.

Beliau berkata manakala pengurus kanan berusia 53 tahun itu disyaki memalsukan dokumen pada Ogos 2008.

"Dia yang diberi tanggungjawab menguruskan bahagian kewangan melalui satu memo telah membayar tuntutan yang dibuat oleh sebuah syarikat berhubung dengan pembekalan alatan modul komunikasi bernilai RM5,700 untuk dipasang dalam sistem perakam waktu sedangkan alatan tersebut tidak dibekalkan," katanya.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Beliau berkata pengurus kanan itu juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown di sini, esok.

No comments:

Post a Comment