I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 2, 2011

SPRM: PEMANTAU PERLU DIPERTINGKATKAN

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan menyatakan bahawa mulai 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan terlibat dalam politik.
Ia berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu berperanan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. Sehubungan dengan itu timbul pula isu yang menyatakan bahawa pensyarah dan juga pelajar juga ingin turut sama dalam berpolitik. Ini menunjukkan keprihatinan bidang politik bukan hanya pada bidang tertentu sahaja malah ada juga bidang yang turut berminat dalam bidang politik.
Walauapapun persoalannya, peranan SPRM perlu dipertingkatkan terutama dalam bidang politik. Apabila disebut soal rasuah persepsi sesetengah individu mesti bertumpu kepada bidang politik.
Satu laporan kajian persepsi yang dibuat oleh The Business Ethics Of Malaysia (BEIM) dengan kerjasama University of Nottingham Malaysia dan Kolej Universiti Binary terhadap kepercayaan masyarakat terhadap mereka yang terlibat dalam 15 bidang kerjaya yang terpilih.
Antara kerjaya yang dikaji ialah doktor, guru, profesor, menteri, pemimpin perniagaan dan ahli politik. Keputusannya, tahap kepercayaan responden terhadap ahli politik, pemimpin perniagaan dan menteri adalah rendah sekali. Masing-masing meraih 11%, 16% dan 20% kepercayaan reponden dan berada di senarai tiga terbawah berbanding doktor (72%); guru (67%) dan profesor (58%) yang berada pada senarai tiga teratas.
Kaitan antara kedua-duanya ialah tentang wujudnya persamaan tentang perkara utama yang diukur iaitu tentang soal integriti terutamanya yang melibatkan soal kepimpinan dan tadbir urus di dalam negara.
Oleh yang demikian pendidikan dan penyebaran maklumat berkaitan rasuah dalam bidang politik perlu diperluaskan agar pembangunan negara tidak terjejas.

Oleh:
Mohd Izwan Bin Shahril
Timb. Presiden
Alumni Sekretariat Pencegahan Rasuah Malaysia

No comments:

Post a Comment